Biarkan ia berlari hingga pasti menanti hari

Komposisi itu masih sama

walau kita sudah berbeza kerana rakusnya usia.

Keadilan akan menjamah kebenaran

dan itu yang kita mahukan.

Mimpi. 

kata itu suci

realiti memang begini

terlalu banyak yang samar dari yang pasti.

Ketika prinsip mulai runtuh

aku harap kita tidak jatuh.

Ketika mentari mula menyengat

aku berharap penantian bukan sesuatu yang penat.

Pada tempat yang mengizinkan

dimasa yang membenarkan.

Sudah 22 tahun dan mereka masih bersama

seperti yang dikata

mereka yang dulu lebih gemar membaiki dari menukarkannya

Mulut berkata tanpa memikirkan

terlalu banyak perkara yang belum diselesaikan.

Selamat datang ke realiti

walau tidak seindah mimpi

tapi aku percaya ada sesuatu yang bakal mencantikkan hari.

Ketika fikiran timbul masa lalu

aku terfikir

adakah engkau pun begitu

atau cuma aku.

Semalam kita tiada berjumpa

tidak mengapa

masa masih ada.

Jika katamu cuma manisan

lebih baik kau diam

takut nanti ada yang pengsan.

Belajar untuk berdiri

walau engkau seorang diri.

Perteguhkan yang nyata

walau suaraumu bergoncang tatkala berkata.

Apa yang kau ada?

persetankan dunia

abaikan mereka.